Kemahiran
insaniah 1 :
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Komunikasi
Dalam
perancangan awal projek, kami telah mencari beberapa tempat penginapan sepanjang
projek dijalankan.Pemilihan tempat penginapan mengambil kira faktor keselamatan,
kedudukan hotel yang jauh dari destinasi utama yang memerlukan pengankutan untuk
bergerak, kebersihan dan kemudahan hotel itu sendiri.Tetapi faktor yang paling
penting adalah untuk mendapatkan tempat penginapan dengan harga yang berpatutan.Untuk
itu, kami mencari tempat penginapan yang sesuai secara atas talian dan seterusnya
menghubungi terus pihak hotel untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat dan bertanyakan
soalan dengan lebih lanjut.Hasil yang kami dapat adalah sangat memuaskan.Dengan
ini, kami akan terus menggunakan cara ini iaitu komunikasi secara berkesan untuk
mendapatkan maklumat yang terbaik dan tepat sekiranya masalah yang sama berlaku
di masa hadapan.
Kemahiran insaniah 2:
Kemahiran Berfikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
Semasa membuat rangka tentatif, kami telah bersetuju untuk menaiki kereta sewa dari UKM. Namun, senarai kereta sewa yang ditawarkan tidak bersesuaian dan harganya melebihi anggaran kami, sekaligus mengganggu bajet keseluruhan projek ini. Kami telah mengadakan pertemuan tergempar bagi membincangkan permasalahan ini dan kami menemui jalan keluar untuk masalah ini. Perjalanan kami sepanjang projek ini berlangsung akan menggunakan kenderaan awam seperti bas, ktm dan teksi. Ini kerana, kenderaan awam adalah inisiatif yang terbaik kerana harganya yang sangat berpatutan dan mempunyai banyak pilihan. Di samping itu, kami menitikberatkan keselamatan semua ahli kumpulan dan merasakan pilihan kami menggunakan kenderaan awam adalah yang terbaik. Dengan ini kami berharap, kami dapat peroleh pengalaman yang bermakna sepanjang projek ini berlangsung nanti serta meningkatkan pengetahuan mengenai kenderaan awam.
Kemahiran insaniah 3 :
Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
Kami
mengalami masalah dalam mencari masa yang sesuai untuk kami menjalankan projek ini
kerana setiap ahli kumpulan mempunyai komitment masing-masing. Sekiranya salah seorang
ahli kumpulan tidak dapat hadir dan turut serta dalam projek,kami pasti tidak akan
dapat mencapai misi dan visi projek.Oleh itu, ketua kumpulan terpakasa menetapkan
tarikh yang sesuai dan semua ahli kumpulan terpaksa sedaya upaya untuk menjayakan
projek ini pada tarikh yang ditetapkan.Dengan cara ini, kami berharap semua ahli
kumpulan dapat menyertai projek, memberi komitment yang sepenuhnya dan mendapat manfaat
daripada program ini.
Kemahiran
insaniah 4:
Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
Berbalik
kepada tajuk projek kami sendiri ,’CUTI-CUTI BAJET’. Kami mempunyai masalah dalam
menentukan destinasi dan tempat-tempat yang menarik di dalam Malaysia untuk
kami lawati.Terdapat banyak tempat yang telah disenaraikan oleh ahli kumpulan iaitu
Port Dickson, Pulau Pangkor, Melaka dan Pulau Langkawi. Sebelum membuat keputusan
lanjut, kami telah mencari tahu dan membuat kajian serba sedikit mengenai negeri-negeri
tersebut sebelum kami sebulat suara memilih Melaka sebagai destinasi
pilihan. Ini kerana, Melaka merupakan bandaraya bersejarah dan ianya bersesuaian
dengan bajet kami. Kami berharap lawatan kami ke Melaka bandaraya bersejarah dapat
memberi ilmu pengetahuan dan impak bukan sahaja kepada setiap ahli kumpulan bahkan
kepada semua masyarakat di luar sana.