Thursday 27 March 2014

REFLEKSI 1

Kemahiran insaniah 1 : 

Kemahiran Komunikasi

Dalam perancangan awal projek, kami telah mencari beberapa tempat penginapan sepanjang projek dijalankan.Pemilihan tempat penginapan mengambil kira faktor keselamatan, kedudukan hotel yang jauh dari destinasi utama yang memerlukan pengankutan untuk bergerak, kebersihan dan kemudahan hotel itu sendiri.Tetapi faktor yang paling penting adalah untuk mendapatkan tempat penginapan dengan harga yang berpatutan.Untuk itu, kami mencari tempat penginapan yang sesuai secara atas talian dan seterusnya menghubungi terus pihak hotel untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat dan bertanyakan soalan dengan lebih lanjut.Hasil yang kami dapat adalah sangat memuaskan.Dengan ini, kami akan terus menggunakan cara ini iaitu komunikasi secara berkesan untuk mendapatkan maklumat yang terbaik dan tepat sekiranya masalah yang sama berlaku di masa hadapan.


Kemahiran insaniah 2: 

Kemahiran Berfikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah

Semasa membuat rangka tentatif, kami telah bersetuju untuk menaiki kereta sewa dari UKM. Namun, senarai kereta sewa yang ditawarkan tidak bersesuaian dan harganya melebihi anggaran kami, sekaligus mengganggu bajet keseluruhan projek ini. Kami telah mengadakan pertemuan tergempar bagi membincangkan permasalahan ini dan kami menemui jalan keluar untuk masalah ini. Perjalanan kami sepanjang projek ini berlangsung akan menggunakan kenderaan awam seperti bas, ktm dan teksi. Ini kerana, kenderaan awam adalah inisiatif yang terbaik kerana harganya yang sangat berpatutan dan mempunyai banyak pilihan. Di samping itu, kami menitikberatkan keselamatan semua ahli kumpulan dan merasakan pilihan kami menggunakan kenderaan awam adalah yang terbaik. Dengan ini kami berharap, kami dapat peroleh pengalaman yang bermakna sepanjang projek ini berlangsung nanti serta meningkatkan pengetahuan mengenai kenderaan awam.


Kemahiran insaniah 3 : 

Kemahiran Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Kami mengalami masalah dalam mencari masa yang sesuai untuk kami menjalankan projek ini kerana setiap ahli kumpulan mempunyai komitment masing-masing. Sekiranya salah seorang ahli kumpulan tidak dapat hadir dan turut serta dalam projek,kami pasti tidak akan dapat mencapai misi dan visi projek.Oleh itu, ketua kumpulan terpakasa menetapkan tarikh yang sesuai dan semua ahli kumpulan terpaksa sedaya upaya untuk menjayakan projek ini pada tarikh yang ditetapkan.Dengan cara ini, kami berharap semua ahli kumpulan dapat menyertai projek, memberi komitment yang sepenuhnya dan mendapat manfaat daripada program ini.


Kemahiran insaniah 4:

Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Berbalik kepada tajuk projek kami sendiri ,’CUTI-CUTI BAJET’. Kami mempunyai masalah dalam menentukan destinasi dan tempat-tempat yang menarik di dalam Malaysia untuk kami lawati.Terdapat banyak tempat yang telah disenaraikan oleh ahli kumpulan iaitu Port Dickson, Pulau Pangkor, Melaka dan Pulau Langkawi. Sebelum membuat keputusan lanjut, kami telah mencari tahu dan membuat kajian serba sedikit mengenai negeri-negeri tersebut sebelum kami sebulat suara memilih Melaka sebagai destinasi pilihan. Ini kerana, Melaka merupakan bandaraya bersejarah dan ianya bersesuaian dengan bajet kami. Kami berharap lawatan kami ke Melaka bandaraya bersejarah dapat memberi ilmu pengetahuan dan impak bukan sahaja kepada setiap ahli kumpulan bahkan kepada semua masyarakat di luar sana.