Thursday 22 May 2014

VIDEO KESELURUHAN PERJALANAN PROJEK



Kumpulan KAKI JALAN telah memilih untuk menaiki pengangkutan awam sepanjang menjalankan projek ini di Melaka Bandaraya Bersejarah.Kami bertolak ke KTM UKM, Bangi dengan menaiki bas Nadi Putra UKM (ZON 6) yang merupakan bas yang khusus untuk menghantar pelajar UKM ke KTM UKM. Perkhidmatan bas ini memberikan keselesaan kepada pelajar UKM.

                                                   Keadaan di dalam bas Nadi Putra


Kami telah melawati laman web KTM untuk mengetahui tambang tiket sehala ke Terminal Bersepadu Selatan(TBS). Berdasarkan pemerhatian kami, laman web ini adalah mesra pengguna kerana mudah dah efektif.


                                                   Tiket KTM


Semasa menaiki KTM,terdapat koc yang khusus untuk wanita sahaja di mana keselamatan dalam perjalanan lebih terjamin.Oleh itu, kami  mencadangkan kepada para mahasiswi untuk tidak lagi berasa gusar dengan perkhidmatan awam.Tambahan pula, terdapat pegawai KTM yang akan memantau koc tersebut.

Melayari laman web Terminal Bersepadu Selatan adalah antara kaedah perancangan yang telah kami laksanakan.Melalui laman web ini terdapat beberapa perkhidmatan bas yang ditawarkan untuk ke Melaka. Kami telah dapat membuat anggaran bajet perjalanan melalui laman web ini.Untuk makluman para pembaca, harga tiket untuk ke Melaka Sentral daripada TBS adalah berharga RM10 sahaja.





Perjalanan menaiki bas daripada TBS ke Melaka dijangkaselama 2 ½ jam sahaja.Sepanjang perjalanan, kami telah bersepaka untuk tidur kerana ingin mengembalikan dan menyimpan tenaga  untuk perjalanan 2 hari 1 malam di Melaka.

Setibanya kami di Melaka Sentral, kami telah menaiki bas Panorama Melaka iaitu perkhidmatan bas Bandar Melaka yang tiketnyaberharga RM1.50sahaja.Bas ini melalui beberapa tempat sebelum tiba di destinasi yang kami perlu berhenti iaitu di hadapan Menara Taming Sari.Ini kerana, hotel budget yang telah kami tempah adalah terletak 7 minit berjalan kaki dari Menara Taming Sari.

Hotel Al-Huda


Hotel Budget yang telah kami pilih adalah Al Huda Hotel. Hotel Bajet ini menjadi pilihan kami kerana telah berjaya mengatasi masalah yang berbangkit semasa dalam proses memilih hotel bajet. Pada awalnya, kami telah memilih sebuah hotel budget yang terletak berhampiran kota A Famosa atas alasan lokasinya yang strategik. Namun,  telah kami dapati bahawa hotel tersebut tidak menyediakan tandas di dalam bilik hotel. Toilet yang disediakan perlu dikongsi dengan penghuni hotel yang lain. Kami sangat tidak bersetuju atas alasan kami mementingkan keselamatan. Akhirnya, setelah mencari hotel bajet yang sesuai kami bersepakat untuk memilih Hotel Al Huda.


Jonker Walk












Anda perlu berjalan di Jongker Walk yang terkenal dengan barangan antiknya seperti koleksi kipas dekoratif, kraftangan, bakul bertingkat Baba dan banyak lagi dengan harga yang murah.Waktu operasi kedai-kedai di sini pada am nya bermula 4 petang sehingga tengah malam setiap hari

Masjid Kampung Kling




Masjid Kling ini terletak berhampiran dengan Jongker Walk . Dibina seawal tahun 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masihi. Masjid ini menggunakan gabungan seni bina Sumatera, China dan Melayu.Masjid tersebut terdapat sebuah menara  berbentuk pagoda dan bumbung bertingkat tiga. 



 HARI KEDUA

MUZIUM SAMUDERA 









Pada hari kedua kami berada di Melaka,kami telah berkunjung ke Muzium Samudera yang terletak di Jalan Merdeka.Muzium Samudera merupakan replika kapal yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.

Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultananMelayu Melaka hingga ke zaman  kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu.Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifakberkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.

Waktuoperasi
Isnin hingga Khamis: 9.00 pagi - 5.30 petang
Jumaat hingga Ahad: 9.00 pagi - 9.00 malam
Bayaran masuk ialah RM 3.00 (dewasa) dan RM 1.00 (kanak-kanak/pelajar).

Hubungi
Kompleks Muzium Maritim
Perbadanan Muzium Melaka
Tel: 06-2830926

MUZIUM TLDM


Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan Muzium Samudera.Muzium yang dahulunya terletak di pengkalan TLDM di Lumut kini telah dipindahkan ke Melaka supaya lebih ramai pelawat dapat mengunjunginya bagi mendapatkan maklumat tentang peranan dan sumbangan serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak TLDM. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 1995.


Cendol Jam Besar




Kalau jalan-jalan di bangunan merah,rugi kalau anda tidak singgah di Cendol Jam Besar  yang terletak berhadapan dengan jam besar.ramai pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati cendol yang sangat enak.Gerai ini  terletak di lokasi yang sangat strategik  iaitu di tepi sungai.pengunjung dapat makan cendol sambil menikmati pemandangan yang menarik di sekitar  kawasan bangunan merah.

Bangunan Stadhyus

Dikenali juga sebagai banggunan merah dan dilengkapi sebuah menara jam.Bangunan stadthyus ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan dengan gereja Christ.Bangunan ini dibina pada 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor.Struktur  banggunan ini melambangkan seni reka  Belanda yang halus.Pada abad ke-19 ,ketika pemerintahan Inggeris,sebuah sekolah dikendalikan oleh gologan paderi telah dibina di perkarangan banggunan stadhyus dikenali sebagai Malacca Free  School.Bangunan ini menjadi lokasi tarikan pelancong ke Melaka yang ingin bergambar dan mendalami sejarah zaman penjajahan Melaka.

Kota A famosa
Kota A famosa telah dibina oleh orang Portugis sebaik sahaja Berjaya menawan Melaka.Ia merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia.Selepas penawanan Portugis A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada tahun 1511.Kota A Famosa menjadi tarikan pelancong asing dan tempatan.

Melaka River Cruise

Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar  Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang. Selain itu, Sungai Melaka telah mempengaruhi Tome Pires,iaitu, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur’. Dengan adanya perkhidmatan bot-bot kecil yang membawa pelancong merentasi sungai ini membuatkan pelancong terpesona dengan bangunan-bangunan bersejarah dan juga lukisan mural yang ada pada dinding bangunan-bangunan tersebut. Pada hari kedua, kami berpeluang untuk menaiki bot dan merentasi Sungai Melaka sambil melihat keunikan yang ada di bandar Melaka. Yuran untuk menaiki bot ini adalah sebanyak RM10.00 seorang.

Medan Samudera






Destinasi yang menarik di Melaka yang wajib dikunjingu ialah Medan Samudera. Medan Samudera ialah sebuah pusat ole ole yang terkenal di Melaka. Pusat ini dikunjungi oleh ramai pelancong bukan sahaja dari Malaysia tapi pelancong asing juga tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di sini.Medan Samudera ini menyediakan pelbagai jenis makanan dan pakaian. Kami turut tidak melepaskan peluang untuk membeli sedikit ole-ole dari medan ini sebagai tanda kenangan dari Melaka. Selain itu, peniaga di sini menawarkan harga yang sangat berpatutan.

Menara Taming Sari






Melaka Menara Taming Sari (Taming Sari Tower) dibukasecararasmiuntukperniagaanpada 18 April 2008, Menara Taming Sari adalah menara giro yang pertama dan hanya di Malaysia setakat ini.Mengukur 110 meter tinggi, struktur pusingan yang menawarkan pemandangan 360 darjah panorama bandar Melaka dan seterusnya.Terletak di daerah popular Bandar Hilir di Jalan Merdeka, hanya 3 minit berjalan kaki dari Mahkota Parade Shopping Complex dan Dataran Pahlawan Megamall, menara itu dinamakan selepas keris Taming Sari, senjata mitos dikatakan mempunyai kuasa mistik yang dimiliki olehMelayu legenda pahlawan, Hang Tuah. Walaupun reka bentuk struktur inimengikuti bentuk keris, dengan puncak menara menyerupai hulu yang itu.Yuran yang diekenakan ialah RM 10 seorang.

Kami memilihuntuknaikkeMenara Taming Sari padaharisabtukeranayuran yang dikenakanhanya RM10 setiap orang.Denganitu, kami dapatmeminimunkanbajet kami.











Pulang ke UKM